Thursday 13 September 2012

Tempat-Tempat Menarik Di Melaka


 MENARA TAMING SARI

Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan
 



Harga Tiket :
Dewasa : RM 20.00
    Kanak-Kanak : RM 10.00

Masa Operasi :
10.00 am-10.00 pm


Taman Rama-rama & Reptilia

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.

Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

Bayaran Masuk
Dewasa RM8.00 - (Dengan MyKad)
Kanak-kanak RM5.00 (Dengan MyKad)
Dewasa RM12.00 - (Tanpa MyKad)
Kanak-kanak RM7.00 - (Tanpa MyKad)

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang


 Zoo Melaka

Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan.   Selain dari menyaksikan berbegai  spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka.

zoo1
Tarikan utama spesis hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti Seladang, Harimau Belang, Tapir, Gajah dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo Melaka adalah Pembiakan Dalam Kurungan (Konservasi), Penyelidikan, Pendidikan dan Rekreasi. zoo2
Di antara Program/Aktiviti Pendidikan Zoo Melaka adalah:-
  1. Program "Learn & Fun": untuk kanak-kanak Tadika bersama-sama "guide tour" Zoo Melaka
  2. "Roadshow", Pameran & Ceramah ke Sekolah-sekolah/ IPTA/IPTS atas jemputan
  3. "Green Heart" (Gotong-royong)
  4. "Treasure Hunt" Zoo Melaka
  5. Program "Enrichment" (pengkayaan): "Food & Furniture"




Aktiviti dan Bayaran Masuk


Masa lawatanZoo Siang9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari
Kategori Harga *Harga Pakej
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas) RM 10.00 RM 8.00
Kanak-kanak ( 5 Tahun hingga 12 Tahun) RM 4.00 RM 2.00
Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6) RM 5.00 -
Warga Emas RM 4.00 -
Membawa Video Kamera RM 10.00 -
*Harga Pakej: Permohonan melalui surat sahaja secara kumpulan 20 orang ke atas.

Harga Trem ( Bayaran di stesen Trem)
Kategori Harga
Dewasa RM 3.00
Kanak-kanak RM 2.00
Aktiviti
1. Persembahan Haiwan (Multi-animal Show):

Isnin - Khamis (11 pagi  & 2 petang)

Sabtu , Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) & (2 petang - 3 petang)


2. Interaksi Bersama Gajah

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Memberi gajah makan : RM 2.00

(12.00 tengahari dan 4 petang)


3. “Free-Ranging" Orang Utan

Hari: Isnin – Ahad (kecuali hari Jumaat)

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(Cuti Sekolah dan Cuti Umum Sahaja) "Free-Ranging" Orang Utan
Zoo MalamBagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Kategori Harga Harga Pakej (Permohonan melalui surat sahaja)
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas) RM 10.00 RM 8.00
Kanak-kanak ( 5 Tahun hingga 12 Tahun) RM 5.00 RM 4.00
Aktiviti Memancing RM 30.00 -
* Termasuk kemudahan keretapi (Trem)
* Kamera, kamera video dan lampu suluh tidak dibenarkan di bawa masuk

*SEGALA SUBJEK DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

No comments:

Post a Comment